Kunjungan Hormat Yayasan Waqaf Malaysia Ke Maybank Islamic Berhad
22-04-2026Kuala Lumpur, 22 April 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah mengadakan kunjungan hormat ke Maybank Islamic Berhad. Ketibaan YWM telah disambut oleh YBrs. En. Mohamad Yasin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad serta pegawai kanannya.
Kunjungan hormat ini membuka ruang perbincangan strategik antara kedua-dua institusi dalam meneroka kerjasama berimpak tinggi bagi memperkukuh agenda pendigitalan wakaf di Malaysia. Melalui gabungan kepakaran YWM dalam pembangunan ekosistem wakaf serta kekuatan Maybank Islamic Berhad dalam inovasi kewangan Islam dan teknologi digital, sinergi ini diyakini mampu melahirkan penyelesaian yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing untuk manfaat ummah.
Antara fokus utama yang dibincangkan termasuk pemerkasaan platform digital wakaf, peluasan akses penyertaan masyarakat, pengukuhan tadbir urus dana wakaf serta pembangunan produk kewangan sosial Islam yang lebih inovatif dan relevan dengan keperluan semasa.
Semoga hubungan strategik ini menjadi pemangkin kepada kerjasama padu antara YWM dan Maybank Islamic Berhad dalam memacu transformasi wakaf ke arah masa depan yang lebih progresif, lestari dan berimpak besar kepada negara.
TERKINI
Kongsi Kongsi