Aktiviti
Kunjungan Hormat Agas Mentari Sdn. Bhd. ke Yayasan Waqaf Malaysia
21-04-2026Putrajaya, 21 April 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan daripada Encik Mohammed Fared bin Hasan, Pengarah Teknikal Agas Mentari Sdn. Bhd. bagi membincangkan potensi kolaborasi strategik dalam memperkasa kelestarian sistem tenaga wakaf hijau.
Pertemuan ini telah diketuai oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, dengan fokus kepada penerokaan inisiatif tenaga lestari yang mampu menyokong pembangunan wakaf secara inovatif serta selaras dengan aspirasi pembangunan mampan negara.
YWM komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama bersama pihak industri dalam memperkasa agenda wakaf ke arah masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan.
TERKINI
Kongsi Kongsi