Lawatan Penandaarasan Yayasan Wakaf Sarawak ke Yayasan Waqaf Malaysia
16-04-2026Putrajaya, 16 April 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berbesar hati menerima kunjungan daripada delegasi Yayasan Wakaf Sarawak (YWS) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Abang Faisal bin Haji Abang Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif bersama barisan pengurusan kanan YWS.
Kunjungan pihak YWS ini yang telah disambut mesra oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama barisan pegawai YWM. Kunjungan ini merupakan platform perkongsian idea, pengalaman serta kepakaran melaksanakan wakaf yang mana turut memberikan peluang dan ruang antara pihak-pihak untuk meneroka potensi kerjasama dalam memperkasa institusi wakaf secara mampan. Selain itu, para delegasi turut didedahkan kepada inisiatif dan produk wakaf yang dibangunkan oleh YWM bersama rakan strategik dalam menyokong pembangunan sosioekonomi negara.
Semoga kunjungan ini dapat memberi manfaat serta diadaptasi dan diinovasikan dengan pelaksanaan wakaf yang lebih sistematik dan holistik supaya peranan wakaf dalam pembangunan sosioekonomi ummah diperkukuhkan di samping melahirkan lebih ramai anak muda berjiwa wakaf yang menjadi legasi generasi ke generasi dan beraspirasi untuk menyumbang dalam pembangunan wakaf negara pada masa hadapan.
TERKINI
Kongsi Kongsi