Cadangan Kerjasama Strategik Yayasan Waqaf Malaysia Bersama Dhofar Islamic
16-04-2026Putrajaya, 16 April 2026 – YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan daripada wakil Dhofar Islamic iaitu Mr. Mohsin Shaik bin Sehu Mohamed, Head of Investment Banking & Capital Markets di pejabat YWM. Kunjungan ini adalah lanjutan dari beberapa siri perbincangan bersama sewaktu berada di Muscat, Oman yang bertujuan untuk berkongsi idea, pengalaman, dan kepakaran dalam pelaksanaan wakaf. Dhofar Islamic merupakan sayap perbankan Islam bagi BankDhofar, iaitu bank kedua terbesar di Kesultanan Oman.
Perbincangan kali ini menjurus kepada pembangunan sosioekonomi kedua-dua negara dalam ekosistem wakaf dan memberi keutamaan kepada kerjasama dalam bidang berikut:
- Pertukaran pengalaman, kepakaran, undang-undang, peraturan, penyelidikan, kajian, dan latihan dalam bidang wakaf di kedua-dua negara.
- Pertukaran kepakaran dan pengalaman dalam pembangunan hartanah wakaf (kesihatan, pendidikan, pemberdayaan ekonomi dan alam sekitar) serta pelaburan di Malaysia dan Oman.
- Memperluas rangkaian kerjasama strategik dan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pembangunan wakaf, dengan penekanan kepada strategi pembiayaan dan kewangan untuk projek wakaf.
- Mempromosi peranti pintar wakaf digital yang telah dibangunkan oleh YWM dan infrastruktur pembayaran digital.
- Penerbitan Sukuk Wakaf.
Sesi ini memberikan manfaat yang signifikan dan dapat diadaptasi serta diinovasikan untuk pelaksanaan wakaf yang lebih sistematik dan holistik. Ini akan memperkukuhkan peranan wakaf dalam pembangunan sosioekonomi ummah serta melahirkan lebih ramai generasi muda berjiwa wakaf yang menjadi legasi dari generasi ke generasi dan beraspirasi untuk menyumbang kepada pembangunan wakaf negara di masa hadapan.
TERKINI
Kongsi Kongsi