Kunjungan Hormat Cambodian Amanah Takaful Association ke Yayasan Waqaf Malaysia
16-04-2026Putrajaya, 16 April 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Cambodian Amanah Takaful Association (CATA) yang diketuai oleh H.E Mr. Sman Manan, Naib Presiden, Mr. Saman Sen, Pengarah Eksekutif dan Mrs. Karimas bt Isa bertempat di Bilik Mesyuarat Utama YWM.
Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan turut disertai oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bersama pegawai-pegawai kanan YWM.
Perbincangan dimulai dengan penerangan ringkas mengenai operasi YWM dan selanjutnya pihak CATA telah menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada YWM berkenaan pengurusan dana menerusi produk takaful yang sedang usahakan oleh CATA. Selain daripada itu, pihak CATA juga telah menbentangkan beberapa cadangan projek berasaskan wakaf untuk meneroka potensi kerjasama bersama YWM dan Kerajaan Malaysia.
YWM amat mengalu-alukan kehadiran daripada pihak CATA ini sebagai usaha untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi umat Islam sejagat terutamanya melalui jalur wakaf.
TERKINI
Kongsi Kongsi