Aktiviti
Jemputan Ceramah Wakaf Sempena Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara
16-03-2026

Kuala Lumpur, 16 Mac 2026 – Sempena Majlis Khatam Al-Quran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah diundang PUSPANITA Cawangan Kecil JKKN untuk menjayakan sesi perkongsian ilmu kepada tetamu yang hadir ke majlis ini. Untuk itu, YWM telah mengundang Al-Fadil Ustaz Harryanto Rizal Rokman untuk menyampaikan ceramah wakaf yang bertajuk “Waqaf: Hadiah Terindah Yang Abadi”.

Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM, iaitu, Cik Haidatul Azia binti Husin juga berkesempatan menyampaikan taklimat ringkas mengenai YWM. Lebih menarik, para peserta juga berpeluang menyertai kuiz Kahoot berkaitan wakaf yang mendapat sambutan meriah daripada warga JKKN. Kehadiran dan penglibatan aktif peserta jelas menunjukkan minat serta kesedaran yang semakin meningkat terhadap amalan wakaf. Selain itu, YWM ada membuka kaunter wakaf bagi memberi peluang terus kepada warga kerja JKKN yang berminat untuk membuat sumbangan.

Majlis yang diadakan di Bilik Seminar JKKN, Menara TH Perdana ini turut dihadiri oleh YBrs Encik Mohd Amran bin Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN, YBrs Encik Rosnan bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Dasar dan Perancangan JKKN dan YBrs. Puan Kamariah bin Othman, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JKKN.

Terima kasih kepada pihak JKKN atas jemputan penganjuran program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pewakaf yang telah berwakaf sama ada secara potongan gaji ataupun secara sekali beri (one-off) pada hari ini. Semoga sesi perkongsian ilmu tersebut memberi manfaat kepada semua. Insya-Allah.


Kongsi Kongsi