Aktiviti
Surau Al-Falah Terima Agihan Dana Wakaf Tunai Malaysia RM15,400 Untuk Bantuan Naik Taraf
14-03-2026

Seremban,14 Mac 2026 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menyantuni Surau Al-Falah, Kampung Sentosa Blok B, Paroi, melalui program Ziarah Wakaf Prihatin YWM. Surau bersejarah yang dibina hasil kutipan generasi pertama kampung ini kini memerlukan sokongan luar ekoran dana dalaman yang terhad.

Menyahut keperluan tersebut, YWM telah menyalurkan dana berjumlah RM15,400.00 bagi membaik pulih ruang solat dan menukar karpet baharu. Inisiatif ini bakal memberikan keselesaan optimum kepada lebih 200 orang jemaah setempat.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh wakil YWM, iaitu, Encik Aflah bin Aminudin daripada Bahagian Pemasaran dan Korporat kepada Encik Norhadi bin Mohd Atan, Bendahari Surau. Ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan YWM dalam menjadikan surau sebagai nadi pembangunan modal insan dan kelestarian ummah.

Proses naik taraf kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya untuk kegunaan jemaah sejurus selepas sambutan Aidilfitri nanti. Semoga sumbangan wakaf ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua.


Kongsi Kongsi