Aktiviti
Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia Ke-17 (2008 - 2025)
23-07-2025

Putrajaya, 23 Julai 2025 – Sempena Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang ke-17, Bahagian Pengurusan YWM telah menganjurkan Majlis Bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Encik Umair bin Abdul Halim.

Majlis turut diserikan dengan ucapan amanat oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, yang menekankan kepentingan kesepaduan dan komitmen dalam memperkasa agenda wakaf negara. Sebagai simbolik sambutan hari yang penuh bermakna ini, turut diadakan sesi memotong pulut kuning, melambangkan rasa syukur dan harapan untuk lebih gemilang pada masa datang.

Meniti hampir dua dekad penubuhannya, YWM terus teguh dan konsisten dalam usaha membantu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) membangunkan serta mengoptimumkan potensi wakaf di seluruh negara — demi kesejahteraan ummah.

Peribahasa “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” cukup menggambarkan eratnya ukhwah dan kerjasama seluruh warga kerja YWM yang menjadi tulang belakang kepada pencapaian agensi ini dalam industri wakaf.

Keteguhan YWM hari ini turut didukung oleh kepercayaan dan sokongan berterusan daripada Kerajaan, MAIN, Sahabat Wakaf Korporat, para pemegang taruh serta subsidiari. Tidak dilupakan, para pewakaf yang terus menyumbang dan menyokong YWM dalam merealisasikan agenda wakaf negara.

Semoga YWM terus melangkah jauh sebagai peneraju dalam pembangunan wakaf, seiring dengan aspirasi “Wakaf Membangun Malaysia MADANI”.


Kongsi Kongsi