Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia Siri 49 Bil. 2/2025
10-07-2025Putrajaya, 10 Julai 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Siri 49 Bil. 2/2025 yang telah dipengerusikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi LPA YWM di Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji merangkap Naib Pengerusi LPA YWM, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan para ahli mesyuarat yang terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri, sektor korporat dan Kerajaan Persekutuan.
Dalam ucapan YB Senator Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat, beliau turut memaklumkan status terkini Pelan Induk Wakaf Nasional yang telah dibawa ke dalam Mesyuarat Kebangsaan Hal Ehwal Islam serta pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk projek baharu tanah wakaf menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 bagi sektor ekonomi, Kesihatan dan perumahan.
Semoga usaha semua pihak yang terlibat dalam pembangunan wakaf di Malaysia ini diberkati olehNya.



TERKINI

Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota 2025
29-06-2025Kongsi Kongsi