Majlis Santuni Al-Falah MADANI: Komuniti Nelayan Pantai Pelindung, Beserah
28-06-2025Kuantan, 28 Jun 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah berpeluang menyantuni komuniti nelayan di sekitar Pantai Pelindung, Beserah, Pahang dalam satu majlis penuh bermakna iaitu menerusi Program Santuni Al-Falah MADANI bersempena dengan Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota 2025. Sebanyak RM20,000 telah disumbangkan kepada 100 orang nelayan, dalam bentuk wang tunai sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap peranan penting mereka dalam industri perikanan tempatan.
Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB. Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM. YWM telah diwakili oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM. Turut hadir adalah YBhg. Dato' Ahmad Farhan bin Fauzi, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri dan YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah [Operasi] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
YWM berharap agar inisiatif ini bukan sahaja dapat meringankan beban penerima, malah menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan memperkukuh hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.



TERKINI

Karnival Al-Falah MADANI Indera Mahkota 2025
29-06-2025Kongsi Kongsi