Aktiviti
Taklimat Wakaf Sempena Program Sambutan Hari Kebesaran Islam: Awal Muharam 1447H Peringkat Kementerian Belia dan Sukan
24-06-2025

Putrajaya, 24 Jun 2025 - Sempena Program Sambutan Hari Kebesaran Islam: Awal Muharam 1447H Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat wakaf kepada kakitangan kementerian di Dewan Podium A, KBS. Taklimat yang bertajuk ‘Pengenalan Wakaf’ ini telah disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat YWM kepada kira-kira lebih 100 orang hadirin.

Turut bersama adalah YBrs. Puan Rai’dah Mohd Yaman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) KBS, YBrs. Encik Mohd Najib bin Abidin, Ketua Penolong Setiausaha BPSM KBS dan YBrs. Encik Haji Izzuddin bin Ghazali, Pengerusi Surau Al Qawiyy Amin KBS.

Usai taklimat, majlis diteruskan dengan ceramah khas bertajuk ‘Maal Hijrah: Sambutan dan Penghayatan dalam Era MADANI’ yang disampaikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman. Ceramah yang disampaikan secara santai namun sarat dengan ilmu itu berjaya menarik perhatian semua.

Pada masa yang sama, kaunter wakaf YWM yang dibuka sepanjang program turut menerima kunjungan orang ramai. Warga KBS tidak melepaskan peluang untuk menunaikan sumbangan wakaf, khususnya melalui kaedah potongan gaji, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan mereka terhadap amalan sunah ini.

Diharapkan program yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, bukan sahaja sebagai medium penyebaran ilmu wakaf, malah sebagai platform untuk mempererat ukhuwah dalam kalangan warga tempat kerja.


Kongsi Kongsi