Aktiviti
Kunjungan Hormat Daripada Koperasi Bersepadu Takaful Berhad
16-06-2025

Putrajaya, 16 Jun 2025 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Koperasi Bersepadu Takaful Berhad (KOBERKAT) yang diketuai oleh Setiausaha Agung KOBERKAT, Encik Syed Ismail bin Syed Noh dan disambut oleh YWM yang diketuai oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk meneroka peluang kerjasama strategik antara YWM dan KOBERKAT khususnya dalam mengintegrasikan instrumen takaful dan wakaf sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan sosial ummah. Menerusi sesi ini, pihak KOBERKAT turut membentangkan cadangan inisiatif wakaf yang berpotensi untuk dimanfaatkan bersama melalui pendekatan takaful. YWM memandang ini sebagai satu peluang yang baik untuk memperkukuhkan potensi wakaf di Malaysia seterusnya secara tidak langsung memberi impak yang positif kepada masyarakat.


Kongsi Kongsi