Program Kembara Sahur Khidmat Bantu Rumah 3.0 di DUN Gombak Setia
09-03-2025Gombak, 9 Mac 2025 - Bersempena dengan Bulan Wakaf Kebangsaan, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama sukarelawan NGO Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak telah turun padang menyampaikan sumbangan dalam bentuk kotak makanan kering. Turut bersama dalam konvoi Kembara Sahur ini kali ini adalah daripada McDonalds, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan beberapa agensi lain lagi.
YWM berkesempatan menyantuni 10 buah rumah penerima bantuan yang terdiri daripada Warga Emas dan Orang Kurang Upaya di sekitar daerah Gombak. Misi penuh kasih ini disempurnakan dengan pelepasan konvoi oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Gombak, manakala sumbangan disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga-keluarga penerima dalam menjalani ibadah puasa ini. Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua pewakaf dan penyumbang Tabung Musa'adah JAKIM-YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya. Ya Allah, kuatkanlah hati mereka, permudahkanlah urusan-urusan mereka ini. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.





TERKINI
Kongsi Kongsi