KEJAYAAN YAYASAN WAQAF MALAYSIA MERANGKUL ANUGERAH HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2024
30-10-2024Putrajaya, 30 Oktober 2024 - Bersempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2024, sebanyak dua (2) produk wakaf hasil inovasi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bersama Sahabat Korporat YWM telah berjaya menerima anugerah, iaitu:
-
Johan Anugerah Inovasi JPM 2024 (Trek Ekonomi) - Pengaplikasian Wakaf Muaqqat dalam Pelaksanaan Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur
-
Tempat Ketiga Anugerah Inovasi JPM 2024 (Trek Sosial) - Wakaf Masjid Hijau: Pembiayaan Alternatif Sektor Teknologi Hijau Melalui Wakaf
Majlis ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Dewan MAKSAK, Presint 14. Hadir mengetuai pasukan YWM adalah Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.
Terima kasih kepada JPM, barisan Sahabat Korporat YWM, iaitu, CIMB Islamic Bank Berhad dan Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation yang bersama YWM merealisasikan produk-produk inovatif ini sehingga kini.
Terima kasih juga diucapkan kepada para PEWAKAF, Anda Memang Hero Kami!
TERKINI
Kongsi Kongsi