UCAPAN TAHNIAH KEPADA YBHG. DATO' MOHD ZAIDI BIN RAMLI
01-04-2026Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bhg. Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) merangkap Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM berkuat kuasa 1 April 2026.
Sesungguhnya pelantikan ini diyakini akan terus memperkukuh peranan JAWHAR sebagai agensi peneraju dalam merangka, menyelaras dan memperkasa dasar serta inisiatif pembangunan wakaf, zakat dan urusan haji di Malaysia.
YWM menzahirkan komitmen penuh untuk terus mendokong kepimpinan Bhg. Dato’ dalam menerajui JAWHAR, khususnya dalam memperkasa agenda pembangunan wakaf negara agar dilaksanakan secara lebih strategik, tersusun dan berimpak tinggi. YWM juga komited untuk terus berganding bahu dengan JAWHAR serta rakan-rakan strategik yang lain dalam merealisasikan pelbagai inisiatif pembangunan wakaf demi kesejahteraan ummah dan kemakmuran negara.
Semoga kepimpinan Bhg. Dato’ akan terus memacu kecemerlangan institusi wakaf di Malaysia serta memperkukuh sinergi antara agensi, institusi dan pemegang taruh dalam memperluas potensi wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi yang mampan.
Kongsi Kongsi