WAKAF PERTANIAN BERSEPADU (WATANI)
06-10-2022LATAR BELAKANG
Projek Wakaf Pertanian Bersepadu (WATANI) bermatlamat mengupayakan aset serta hartanah wakaf umat Islam dengan kaedah membina, menghubungkan dan melengkapkan rantaian bekalan dalam industri sekuriti makanan tanah air dengan memberi fokus utama kepada aspek penglibatan & pengupayaan pengeluaran dalam negara, pemindahan pengetahuan & teknologi, keterlibatan pemegang taruh industri, serta pengembangan perniagaan melalui aktiviti rentas industri di masa akan datang.
WATANI mempunyai 4 dimensi operasi:
(1) Ladang komersil bersepadu & kebun komuniti,
(2) Agro-pelancongan,
(3) Kilang mikro, dan
(4) Inkubator ternakan & pertanian.
WATANI telah diluluskan pelaksanaannya pada MALPA YWM Siri 38 Bil. 1/2022 bertarikh 22 Februari 2022 dan diuruskan sepenuhnya oleh anak syarikat YWM iaitu YWM MAIN Holdings Sdn. Bhd.
OBJEKTIF
a. Memastikan jaminan keselamatan makanan negara berada pada tahap yang signifikan dan mampu menampung keperluan domestik selaras dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DN3);
b. Mengurangkan kebergantungan pengimportan bekalan makanan daripada negara luar;
c. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan tanah-tanah wakaf sedia ada / terbiar dengan projek pertanian / penternakan dengan kerjasama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri;
d. Menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang kehilangan kerja sewaktu pandemik COVID19 melanda negara, golongan gelandangan, asnaf;
e. Mengoptimumkan sumber yang ada menerusi projek pertanian dan penternakan bagi meningkatkan ekonomi setempat selain mengurangkan kadar penghijrahan warga desa ke bandar yang akan mencetuskan masalah miskin bandar (urban poor); f. Meningkatkan KDNK negara melalui sumbangan sektor pertanian dan penternakan yang pada masa ini hanya menyumbang kurang daripada 10% daripada KDNK negara.
KUMPULAN SASAR
- Masyarakat rentan khususnya asnaf
- Masyarakat B40
- Orang Asli
- Ibu Tunggal
- Lepasan TVET
CADANGAN AKTIVITI
Laman Usahawan Asnaf & CSR @Laman WATANI Plot khusus yang diusahakan oleh masyarakat asnaf dan sebagainya dengan bimbingan teknikal daripada Yayasan Waqaf Malaysia serta rakan sinergi swasta. Belian semula hasil pada harga ladang oleh YWM sebagai agen dan jualan terus kepada pasaran runcit adalah antara option pemasaran yang ditawarkan kepada pengusaha plot, bergantung kepada kapasiti, jenis tanaman dan strategi pasaran.
Manfaat Projek
-
Penurunan harga produk agromakanan melalui kaedah penjualan terus dari ladang tanpa melalui orang tengah
-
Membantu meningkatkan pendapatan asnaf dan B40 melalui projek pertanian.
-
Membantu Kerajaan meningkatkan jaminan kedaulatan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber import.
-
Membantu mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang pertanian serta usahawan dalam industri agromakanan.
-
Membantu melahirkan golongan pakar dan profesional dalam bidang pertanian komersil
Kelayakan
- Asnaf – Berdaftar dan mendapat sokongan daripada Majlis Agama Islam Negeri
- B40 – Berdaftar dengan sistem ekasih
- Orang Asli – berdaftar dengan JAKOA
- Lepasan TVET – Memiliki sijil TVET dan berada dalam julat pendapatan di bawah garis B40
- Ibu Tunggal – Sijil pendaftaran kematian suami atau surat pengesahan penceraian.
Nilai Bantuan
Mengikut jenis tanaman dan kuantiti dengan penetapan maksimum RM 50,000/usahawan asnaf dengan syarat dan terma ditetapkan.
Pendaftaran
- Pemohon hendaklah beragama Islam, warganegara Malaysia, sihat fizikal, dan bermotivasi.
- Pemohon diwajibkan memuat turun dan mengisi borang permohonan di SINI
- Permohonan yang lengkap hendaklah diemelkan kepada rasmi.ymh@gmail.com bersama resume, kertas cadangan projek ringkas dan dokumen sokongan berkaitan.
- Permohonan yang berjaya akan disenarai pendek bagi saringan dan dimaklumkan bagi yang terpilih.
- Pendaftaran dibuka sepanjang tahun bagi pemohon seluruh Malaysia.
TERKINI
Kongsi Kongsi