Pengumuman
Ucapan Penghargaan Kepada YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo
18-09-2025

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji merangkap Naib Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Kewangan YWM, atas segala jasa bakti, kepimpinan, bimbingan serta sokongan padu yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau.

Sumbangan dan komitmen YBhg. Dato’ dalam memperkasa agenda wakaf khususnya bersama YWM amatlah dihargai dan akan sentiasa dikenang sebagai legasi yang memberi manfaat kepada ummah.

Seluruh warga YWM mendoakan agar YBhg. Dato’ dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi keberkatan rezeki serta kesejahteraan berpanjangan, seterusnya melalui fasa persaraan dengan penuh kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara dan terima kasih atas segala jasa serta khidmat bakti.


Kongsi Kongsi