Aktiviti
Mesyuarat Antara Kementerian Dan Agensi Bagi Penyelarasan Memorandum Persefahaman Kerjasama Strategik Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia Dan Agensi-Agensi Wakaf Di Negara Asia Barat
16-12-2024

Putrajaya, 16 Disember 2024 - Telah berlangsung sesi perbincangan penyelarasan draf Memorandum Persefahaman Kerjasama Strategik Wakaf Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) - Agensi-Agensi Wakaf: Qatar, Oman, Arab Saudi dan Kuwait (QOSAK) yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama dengan penglibatan wakil pegawai daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Luar Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Perbincangan ini bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat secara kolektif dan komprehensif dari sudut dasar semasa Kerajaan, perundangan, percukaian seterusnya strategi dan gerak kerja lanjut oleh pihak YWM bagi merealisasikan kerjasama wakaf di antara YWM bersama negara-negara berkaitan.


Kongsi Kongsi