Aktiviti
Misi Bantuan Banjir di Kedah: Skuad Musa'adah Al-Falah MADANI Santuni Komuniti Terjejas
15-12-2024

Gurun, 15 Disember 2024 - YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Skuad Musa'adah Al-Falah MADANI Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah turun padang ke beberapa lokasi di negeri Kedah untuk menjayakan misi bantuan banjir.

Antara lokasi yang disantuni adalah seperti berikut:

  1. Kampung Masjid Lama Jeniang, Gurun;
  2. Maahad Sheikh Rahim, Sungai Jagung, Pendang;
  3. Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena; dan
  4. Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Hilmiah, Titi Besi, Kepala Batas.

Secara keseluruhan, kira-kira RM400,000.00 telah diperuntukkan di bawah Tabung Musa'adah JAKIM-YWM bagi tujuan sumbangan tunai kepada Ketua Isi Rumah, Institusi masjid & pondok serta penyediaan jamuan rakyat untuk misi ini.

Turut bersama dalam program ini adalah YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBrs. Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP, Pengurusan Tertinggi Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Manakala Yayasan Waqaf Malaysia diwakili oleh Bahagian Pemasaran dan Korporat yang diketuai oleh Cik Haidatul Azia binti Husin.

Terima kasih kepada semua pihak yang bersama menjayakan misi ini. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi asbab kebaikan berpanjangan. Bersama, kita bangkit membantu mereka yang memerlukan.


Kongsi Kongsi