Aktiviti
Pembukaan Kaunter Wakaf Sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
28-11-2024

Putrajaya, 28 November 2024 – Yayasan Waqaf Malaysia telah menerima undangan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membuka kaunter wakaf bersama beberapa agensi lain seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia dan CuepacsCare sempena Sambutan Hari Integriti Peringkat MOSTI bertempat di perkarangan Lobi Blok C5 (Atria Tech dan Atrium Peterana). Turut diadakan adalah Program Sembang Integriti Bersama YBrs. Tuan Amin Idris yang bertajuk Integriti: Keluarga dan Kerjaya. Bersama dalam program ini adalah YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.

Terima kasih kepada Unit Integriti MOSTI atas peluang ini dan kepada semua pewakaf yang telah berwakaf, semoga anda semua mendapat ganjaran pahala di dunia mahupun akhirat, insya-Allah.

(Kredit Gambar: MOSTI)


Kongsi Kongsi