Aktiviti
Program Jelajah Peduli Ummah di Kampung Duyong
23-11-2024

Melaka, 23 November 2024 – Kali ini bertempat di perkarangan Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, Kampung Duyong, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia telah menganjurkan Program Jelajah Peduli Ummah yang dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong. Menerusi program ini, sebanyak 300 kotak bantuan makanan telah diagihkan kepada yang memerlukan. Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti Klinik Kesihatan Bergerak MAIWP, sukaneka rakyat, pertandingan e-sukan, rewang perdana dan ziarah mahabbah ke rumah keluarga asnaf. Program ini akan terus bergerak ke seluruh negara dan Yayasan Waqaf Malaysia selaku rakan strategik akan sentiasa menyokong perjalanan program ini supaya kepentingan nilai murni dan tanggungjawab sosial dapat diperkasakan.


Kongsi Kongsi