Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Di Pavilion Al-Falah Sempena Sambutan 2 Tahun Kerajaan MADANI
24-11-2024Kuala Lumpur, 24 November 2024 – Bersempena Sambutan 2 Tahun Kerajaan MADANI kesemua 14 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah berhimpun di Pavilion Al-Falah untuk mengadakan pameran perkhidmatan agensi masing-masing. Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 sehingga 24 November 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini telah dirancakkan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti Pelancaran Gagasan Kalimah Tayyibah, edaran percuma naskhah al-Quran, VR Simulasi Ibadah Haji, Khidmat Status Halal, Klinik Nasihat Perundangan Syariah dan banyak lagi. Yayasan Waqaf Malaysia sendiri tidak ketinggalan untuk membuka kaunter wakaf dan mengadakan kuiz Kahoot kepada para pengunjung.
Terima kasih buat semua yang telah yang hadir ke Pavillion Al-Falah.
TERKINI
Kongsi Kongsi