Sesi Perbincangan Meja Bulat Pelan Perniagaan Yayasan Waqaf Malaysia dan Subsidiari Tahun 2025
20-11-2024Genting Highland, 20 November 2024 – Bertempat di GEO Resort & Hotel, telah berlangsung Sesi Perbincangan Meja Bulat Pelan Perniagaan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Subsidiari Tahun 2025 bermula 18 sehingga 20 November 2024. Sesi ini diadakan bagi tujuan perbincangan, perangkaan dan penyelarasan Program Pembangunan Wakaf berteraskan ekonomi bagi menjana pendapatan yang mapan dan lestari. Usaha ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan wakaf sebagai intrumen kewangan sosial Islam utama sebagai sektor ketiga ekonomi negara. Sesi ini diketuai oleh YBrs. Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM yang memandu dan menyelaras setiap sesi perbincangan agar strategi dan impak yang digariskan dapat dicapai.
Semoga dapatkan dari sesi ini membuahkan kejayaan dalam memakmurkan wakaf di Malaysia dan dunia, Insya Allah!
Kongsi Kongsi