Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI PENARIK BECA DI MELAKA
18-07-2021

Melaka, 18 Julai 2021 - Sebanyak 50 pek makanan keperluan disediakan untuk penarik beca yang mana penerimanya terdiri daripada semua bangsa. Melayu, Cina dan India. Pendapatan mereka terjejas di dalam tempoh PKP kerana tiada pelancong di Melaka.

Sumbangan disampaikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi YWM. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi