Aktiviti
Kunjungan Hormat dan Taklimat FWD Takaful Berhad ke Yayasan Waqaf Malaysia
13-08-2026

Putrajaya, 13 Ogos 2026 - FWD Takaful Berhad telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi memperkenalkan Manfaat Wakaf yang ditawarkan oleh FWD Takaful Berhad serta membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkasakan agenda wakaf dan memberikan impak sosial yang lebih luas kepada masyarakat.

Manfaat Wakaf ini membolehkan peserta mewakafkan sebahagian daripada manfaat takaful yang diterima selepas kematian kepada organisasi wakaf yang dipilih. Sebagai nilai tambah, FWD Takaful Berhad turut berhasrat untuk menyumbang dana tambahan daripada Dana Pengendali Takaful (Takaful Operator’s Fund) bagi memperkukuh impak sosial serta memberikan manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop. Turut bersama dalam sesi ini ialah Puan Maya Idura binti Sabar, Eksekutif Kanan Bahagian Dasar dan Pembangunan, Puan Khairunnisa binti Rassul, Eksekutif Syariah serta Encik Muhammad Muzzammil bin Mat Rodzi, Eksekutif Pengurusan Dana manakala delegasi FWD Takaful Berhad diketuai oleh Pengarah Wakaf, YBrs Encik Mohd Hafizal Elias bersama pegawai-pegawai FWD Takaful Berhad.


Kongsi Kongsi