Kunjungan Hormat dan Pembentangan Draf Pelan Induk Wakaf Nasional 2025-2030 Kepada Raja Muda Kedah
24-10-2024Kuala Lumpur, 24 Oktober 2024 - Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah perkenan menerima mengadap delegasi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh Encik Md Ramzi Ishak, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR bagi pembentangan draf Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2025-2030 di Istana Darul Aman. Hadir sama, Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan pengurusan kanan JAWHAR, YWM dan Majlis Agama Islam Kedah.
Objektif utama program ini adalah untuk membentangkan draf PIWN yang bermatlamat untuk melonjakkan sumbangan wakaf dalam sektor Kewangan Sosial Islam. PIWN akan dilaksanakan bersama pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam memastikan setiap inisiatif strategik dan pelan tindakan yang digariskan dalam PIWN 2025-2030 dapat di terima oleh setiap MAIN dan dilaksanakan dengan berkesan.
Semoga melalui doa dan sokongan daripada semua pihak, industri wakaf di Malaysia khususnya dapat berkembang dengan lebih maju.
TERKINI
Kongsi Kongsi