DANA PERLU YWM SANTUNI KAKITANGAN HOTEL PANTAI PUTERI (JWHAR-MAIM) YANG TERJEJAS PENDAPATAN
18-07-2021Melaka, 18 Julai 2021 - Sektor perhotelan antara sektor yang terkesan dalam tempoh PKP. Memandangkan hotel tidak boleh beroperasi, ianya mengakibatkan hotel hilang pendapatan. Antara kesan yang dihadapi oleh kakitangan diberi cuti tanpa gaji sekaligus pendapatan mereka terjejas.
Prihatin terhadap perkara ini, YWM telah menghubungi Pengurus Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) di Tg. Kling, Melaka untuk mendapatkan situasi sebenar pekerja-pekerja hotel.
30 pek makanan keperluan disediakan untuk diagihkan kepada pekerja-pekerja hotel. Walaupun, sumbangan ini tidaklah mampu bertahan dalam tempoh yang agak panjang, tetapi ia mampu mengurangkan sedikit beban mereka. Sekurang-kurangnya ada bekalan untuk sambutan Aidiladha. Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.
Untuk makluman, Hotel Pantai Puteri ini merupakan salah satu hotel wakaf yang diuruskan oleh YWM. Setiap bayaran penginapan, ada sebahagiannya digunakan bagi tujuan wakaf dan kebajikan ummah.
Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.
اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام
“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”
Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.
Kongsi Kongsi