Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Wakaf Tunai Perkhidmatan Hutan Malaysia Kerjasama Antara Yayasan Waqaf Malaysia Dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
19-10-2024Kuala Lumpur, 19 Oktober 2024 - Bertempat di Menara Kuala Lumpur, satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah diadakan antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) & Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang disaksikan oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad. Mewakili kedua-dua pihak adalah Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar dan Ketua Setiausaha NRES, YBhg. Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim. Turut hadir bersama adalah YBrs. Tuan Haji Md Ramzi bin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.
Untuk makluman, Wakaf Tunai Perkhidmatan Hutan Malaysia (Wakaf Hutan) ini akan menjadi salah satu produk wakaf tunai YWM di mana dana wakaf terkumpul bagi tujuan ini akan digunakan bagi pelaksanaan projek pembangunan kemudahan asas di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) serta projek atau program pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan HSK. Menerusi MoU ini, YWM dan NRES akan terus bekerjasama dengan lebih erat dalam menggerakkan inisiatif pemuliharaan dan pemeliharaan Hutan Simpan Kekal yang merupakan khazanah masa depÄn negara. Semoga dengan usaha ini dapat menarik minat lebih ramai pewakaf untuk menyumbang bagi tujuan ini, Insya Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi