Majlis Pelancaran dan Pelepasan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah
11-10-2024Putrajaya, 11 Oktober 2024 - Telah berlangsung Majlis Pelancaran dan Pelepasan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah yang disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di perkarangan Kompleks Islam Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ZUS Coffee. Program ini adalah selari dengan penganjuran Bulan Siaga Bencana sebagai persediaan menghadapi bencana alam seperti banjir kilat, ribut, tanah runtuh dan pelbagai lagi sepanjang musim monsun yang bakal tiba. Jelajah ini akan digerakkan bermula bulan Oktober 2024 hingga bulan Februari 2025 dengan melibatkan sekitar 20 aset bantuan kecemasan yang terdiri daripada kenderaan bantuan 4x4, peralatan logistik seperti bot, klinik bergerak, dapur bergerak, alatan membersih rumah dan sukarelawan terlatih.
TERKINI
Kongsi Kongsi