Aktiviti
Program Santuni Komuniti MADANI Bersama Pemandu Teksi / Kereta Sewa Di Putrajaya
04-10-2024

Putrajaya, 4 Oktober 2024 - Seramai 74 orang pemandu teksi & kereta sewa yang berdaftar dengan Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad telah menerima sumbangan wang tunai dan kotak makanan bernilai RM18,500.00 daripada Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Sumbangan telah disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM di Terminal Putrajaya Sentral. Turut hadir adalah Dr. Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBhg. Dato' TPR Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tuan Haji Ab Rahim bin Md Junoh, Pengarah Operasi Terminal Putrajaya Sentral dan Encik Mohd Salleh Mat Zin, Pengerusi Koperasi Pengangkutan Cyberjaya & Putrajaya Berhad.

Dalam program yang sama, YB Senator Dato‘ Setia juga meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pengunjung yang berada di lokasi berkenaan. Semoga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban kepada para pemandu teksi / kereta sewa dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.


Kongsi Kongsi