Majlis Perasmian Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah Bagi Tahun 2024 Kali ke-3 & Seminar Wakaf Pendidikan Anjuran Majlis Ugama Islam Sabah
19-09-2024Kota Kinabalu, 19 September 2024 - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop telah menghadiri Majlis Perasmian Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah & Seminar Wakaf Pendidikan anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sempena Bulan Wakaf Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Sabah di Raia Hotel Kota Kinabalu.
Di dalam majlis tersebut, YBrs. Encik Abdul Halim mewakili YWM telah menyerahkan replika cek cura Agihan Dana Wakaf Tunai Malaysia Tahun 2023 & 2024 (Januari 2023 sehingga Jun 2024) serta Dana Tajaan daripada YWM sempena Sambutan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 berjumlah RM252,841.62. Beliau turut berkongsi pengalaman YWM dalam pembentangan yang bertajuk Pengurusan Dana Wakaf YWM. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak MUIS atas jemputan kerjasama program ini. Semoga ibadah wakaf terus subur dan berkembang di Sabah dan semoga usaha murni para pemain industri wakaf dalam memperkasakan instrumen wakaf di negara kita dipermudahkan oleh-Nya, Insya-Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi