Aktiviti
Bengkel Pemurnian Strategi & Pelan Pemasaran Pelaksanaan Program myWaqafPTPTN
17-09-2024

Port Dickson, 17 September 2024 - Menjelang penganjuran Bengkel Pemurnian Strategi & Pelan Pemasaran Pelaksanaan myWaqafPTPTN anjuran Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang turut dihadiri oleh para pegawai daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bertempat di Avillion Hotel. Matlamat bengkel ini adalah untuk memperhalusi dan memurnikan strategi dan pelan pemasaran yang sedia ada bagi memperkasakan lagi produk myWaqafPTPTN. Sebagai makluman, myWaqafPTPTN adalah produk kerjasama strategik antara YWM dan PTPTN. Kerjasama ini telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah YWM pada 19 Disember 2023. Menerusi kerjasama ini, semua terimaan dana wakaf myWaqafPTPTN akan diuruskan oleh YWM dan dana wakaf tersebut akan dilaburkan di dalam portfolio pelaburan patuh Syariah. Hasil pelaburan (manfaat wakaf) kemudiannya akan diagihkan kepada benefisiari terpilih dalam bentuk biasiswa pendidikan tinggi.

Turut hadir pada hari pertama adalah YBrs Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBrs Encik Ahmad Dusuki bin Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN. Semoga usaha bersama ini dipermudahkan dan akhirnya bakal membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada ummah, Insya Allah.


Kongsi Kongsi