Penglibatan Kontijen Yayasan Waqaf Malaysia & Pembukaan Kaunter Wakaf Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M
16-09-2024Putrajaya, 16 September 2024 - Seramai 6,000 orang terdiri daripada 131 kontinjen melibatkan pelbagai kementerian, badan berkanun dan agensi swasta telah hadir ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tidak ketinggalan kakitangan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) termasuk subsidiari telah memenuhi jemputan ke acara ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia selaku urusetia utama majlis turut mengundang YWM untuk membuka kaunter wakaf bersama 13 agensi lain di Pameran Al-Falah.
Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara, sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu acara rasmi kerajaan yang disambut setiap tahun sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan ini. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dan barisan jemaah Menteri.
TERKINI
Kongsi Kongsi