Aktiviti
DANA PERLU YWM SANTUNI 45 PEMANDU TEKSI KLIA
17-07-2021

KLIA, 17 Julai 2021 - Sebelum ini, perkhidmatan teksi menjadi tumpuan utama oleh mana-mana penumpang yang baru tiba di KLIA untuk meneruskan destinasi perjalanan mereka. Tapi, kini semua berubah apabila pandemik Covid-19 melanda negara.

Kehadiran YWM menjengah rutin harian mereka disambut gembira. 45 pemandu teksi KLIA disantuni, tanpa mengira bangsa. Mereka semua pemandu teksi berdaftar di bawah Persatuan Gabungan Pemandu Teksi KLIA - KLIA2 (GAPTEK). Tidak banyak yang kami dapat bantu, tapi InsyaAllah ia dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka hadapi. Setidak-tidaknya, kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.

Program serahan bantuan ini turut disertai oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

“Terima kasih Yayasan Waqaf Malaysia”.

Ucapan terima kasih ini juga kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana PERLU YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana PERLU di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPERLU.


Kongsi Kongsi