Aktiviti
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H
07-07-2024

Putrajaya, 7 Julai 2024 - Seramai 50 ahli kontigen Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif telah hadir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bagi meraikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2024M. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim mencemar duli merasmikan majlis tersebut bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Majlis turut dihadiri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Barisan Menteri Kabinet serta Ketua-Ketua Perkhidmatan Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini bertemakan 'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani' adalah bertepatan dengan semangat hijrah yang dirukuni oleh Rasulullah SAW dalam melahirkan ummah yang menjiwai nilai-nilai insaniah, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan realiti kemajmukan. Semoga sambutan Maal Hijrah pada tahun ini akan menjadi titik tolak kepada usaha menghijrahkan diri kita ke arah yang lebih baik dan menuju kejayaan.


Kongsi Kongsi