Penyertaan Yayasan Waqaf Malaysia Dalam Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur
07-07-2024Kuantan, 7 Julai 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Komunikasi Korporat selaku penyelaras reruai JPM untuk bersama-sama menjayakan Program Madani Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur selama tiga hari bermula 5 - 7 Julai 2024 di Dataran Sayangi Kuantan (Padang MBK 2). Antara aktiviti kaunter YWM adalah:
- kaunter wakaf tunai;
- pendaftaran sistem wakaf tunai;
- permohonan potongan gaji wakaf;
- semakan resit / penyata wakaf;
- konsultasi wakaf; dan
- permainan dalaman.
Program MADANI Rakyat ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan kerajaan. Terima kasih kepada semua pengunjung reruai B10 JPM sepanjang penganjuran ini berlangsung.
Kongsi Kongsi