Aktiviti
Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia Siri 45 Bil. 1/2024
09-07-2024

Putrajaya, 9 Julai 2024 - Telah bersidang Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang pertama bagi tahun 2024 dan dipengerusikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YWM di Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo merangkap Naib Pengerusi LPA YWM, YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan para ahli LPA yang terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri, agensi kerajaan dan tokoh korporat. Turut bersama adalah barisan pengurusan kanan YWM sebagai urusetia mesyuarat.

Semoga usaha semua pihak yang terlibat dalam pembangunan wakaf di Malaysia ini diberkati olehNya.


Kongsi Kongsi