Taklimat Yayasan Waqaf Malaysia & Pembukaan Kaunter Wakaf Di Program Wacana Integriti Sempena Maal Hijrah Tahun 1446H Anjuran Kementerian Luar Negeri
19-07-2024Putrajaya, 19 Julai 2024 - Telah berlangsung taklimat wakaf yang disampaikan oleh Cik Haidatul Azia binti Husin, Pengurus Bahagian Pemasaran dan Korporat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang bertajuk "Jom BerWAKAF di YWM" bertempat di Bilik Tengku Ahmad Ritauddeen, Wisma Putra. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ustaz Md. Ghazali bin Ibrahim, Pendakwah Bebas bagi sesi perkongsian ceramah bertajuk "Wakaf, Bekalan ke Syurga". Terima kasih kepada pihak Kementerian Luar Negeri atas jemputan penganjuran bersama Program Wacana Integriti Sempena Maal Hijrah Tahun 1446H ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pewakaf yang telah berwakaf sama ada secara potongan gaji ataupun secara sekali beri (one-off) pada hari ini. Semoga anda semua mendapat ganjaran pahala di dunia mahupun akhirat, insyaAllah.






TERKINI
Kongsi Kongsi