Aktiviti
DANA PELAJAR YWM SUMBANG 30 TABLET KEPADA 3 BUAH SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN
17-07-2021

17 Julai 2021 - Pandemik Covid19 telah memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat. Melalui turun padang kami, kami dapat lihat dari kaca mata kami sendiri sesungguhnya ramai antara kita yang amat terkesan dari segi ekonomi, pendapatan terjejas, diberhentikan kerja, gaji dipotong dan sebagainya.

Medium sosial media Yayasan Waqaf Malaysia menjadi penghubung antara kami dan masyarakat yang memerlukan di luar sana. Saban hari, kami mendapat pelbagai pertanyaan dan permohonan daripada individu mahupun sekolah sendiri. Prihatin akan keadaan ini, hasil selidik, penilaian bahagian yang terlibat dan semakan silang dengan agensi peringkat Negeri kami turun menyampaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ini kepada para penerima. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan 30 buah tablet kepada guru besar SK Jempol, SK Tunku Muda Serting dan SK Serting Ilir.

Pelbagai inisiatif yang telah digerakkan oleh guru-guru, menurut Ustaz Riharuddin, tajaan pembelian top-up dan program bakul makanan juga turut digerakkan menerusi sumbangan guru-guru, PIBG dan orang ramai kepada keluarga pelajar-pelajar yang memerlukan. Ini adalah sebahagian kecil daripada usaha kami dalam menyampaikan amanah para penyumbang kepada anak-anak yang memerlukan ini.

Ucapan terima kasih ini kami panjangkan kepada semua penyumbang Dana PELAJAR YWM. Amanah anda kami agihkan sebaiknya.

Terima kasih para pewakaf. Wakaf anda, sinar buat mereka.

جزاكم الله خيرا كثيرا و جزاكم الله احسن الجزاء

Kepada yang ingin berwakaf untuk Dana PELAJAR, sila layari www.ywm.gov.my/wakaf-online dan pilih Sijil Wakaf Tunai Pendidikan.


Kongsi Kongsi