Aktiviti
DANA PELAJAR YWM BANTU KELUARGA B40 YANG TERJEJAS PENDAPATAN
17-07-2021

17 Julai 2021 – Pemohon menceritakan kisahnya kepada admin menerusi aplikasi whatsapp. Beliau mempunyai 2 orang anak yang bersekolah, namun kedua-dua anaknya tidak mempunyai peranti untuk mengikuti PdPR. Hanya menggunakan satu telefon yang dimiliki oleh beliau, anaknya berkongsi dalam mengikuti kelas secara talian.

Ketika dihubungi bagi sesi temu bual oleh pegawai YWM, beliau menceritakan bahawa sudah tiga bulan dia dan suami tidak dapat menjalankan pekerjaan hakiki. Beliau juga cuba menjalankan jualan makanan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan. Namun masih belum mampu untuk membeli peranti.

Impian untuk memiliki sebuah peranti telah tercapai apabila YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan sebuah tablet menerusi program Dana Pelajar anjuran Yayasan Waqaf Malaysia. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Program sumbangan ini merupakan inisiatif YWM melalui program Dana Pelajar di bawah Program CSR Prihatin YWM. Terima kasih para penyumbang. Sumbangan anda, sinar buat mereka. Kepada yang ingin memberi sumbangan, anda boleh menyumbang ke akaun CIMB ISLAMIC BANK BERHAD 8602218186 dan 'remark' sebagai DANAPELAJAR.

Semoga wabak Covid-19 ini segera hilang di bumi Malaysia dan di dunia agar semua mereka yang terjejas dapat kembali menikmati kehidupan seperti sebelum ini.

اللهم إني أعوذ بك من البرص والجنون والجذام ومن سيئ الأسقام

“Ya Allah aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, penyakit gila, penyakit kusta dan daripada segala penyakit berbahaya yang lain.”


Kongsi Kongsi