Perbincangan Bersama Bond Pricing Agency Malaysia Bagi Meneroka Potensi Mewujudkan Sukuk Wakaf Pertama Di Malaysia
20-05-2024Putrajaya, 20 Mei 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan daripada Bond Pricing Agency Malaysia (BPAM) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu YBrs. Encik Meor Amri Meor Ayub dan juga Encik Muhammad Izzad Halimi, Ketua Data. Kehadiran pihak BPAM disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs. Dr. Ridzwan Bakar. Turut hadir bersama Encik Abdul Halim Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bersama dua pegawai dari Bahagian Dasar dan Pembangunan YWM.
Perbincangan berkisar kepada hasrat YWM untuk melancarkan Sukuk Wakaf yang pertama di Malaysia yang kehadirannya telah lama ditunggu oleh ramai pihak. BPAM yang berperanan sebagai penasihat kepada agensi dalam penentuan harga sukuk dan juga pembangunan produk bond dan sukuk telah membentangkan cadangan model Sukuk Wakaf kepada YWM. Hasil daripada pembentangan tersebut, YWM dan BPAM berkeyakinan bahawa Sukuk Wakaf ini akan dapat dilancarkan dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan. Sebagai langkah kehadapan, satu bengkel bagi memperincikan model dan pelan tindakan bagi melncarkan Sukuk Wakaf pertama ini akan diadakan dalam masa terdekat.
TERKINI
Kongsi Kongsi