Kunjungan Hormat Daripada Kumpulan Al Rajhi Ke Yayasan Waqaf Malaysia
21-05-2024Putrajaya, 21 Mei 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menerima kunjungan dari Sheikh Dr. Ibrahim Al Kadeeri, usahawan Arab Saudi yang mewakili kumpulan Al Rajhi. Pertemuan ini telah menyentuh beberapa perkara melibatkan cadangan-cadangan pembangunan yang boleh dilaksanakan di Arab Saudi menggunakan instrumen wakaf. Sheikh Dr. Ibrahim turut menyatakan keterujaannya dalam menyokong usaha-usaha pembangunan wakaf yang sedang dijalankan oleh YWM di Malaysia. Sheikh Dr. Ibrahim turut mempelawa YWM untuk menziarahi Arab Saudi bagi melihat bentuk-bentuk pembangunan yang sedang dilaksanakan beliau. Antaranya pembinaan hotel, dapur wakaf, ladang kurma dan lain-lain. Diharapkan agar cadangan-cadangan yang dikemukakan bakal direalisasikan satu hari nanti, insya-Allah.
TERKINI
Kongsi Kongsi