Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Bagi Perjanjian Pengurusan Wakaf Di Antara Yayasan Waqaf Malaysia Dan AmMetLife Takaful Berhad
21-05-2024Putrajaya, 21 Mei 2024 - Sekitar Majlis Menandatangani Perjanjian Tambahan Bagi Perjanjian Pengurusan Wakaf di antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Dan AmMetLife Takaful Berhad yang dimeterai antara YBrs. Dr. Ridzwan Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan YBrs. Encik Noor Azam bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif AmMetLife Takaful.
AmMetLife Takaful menawarkan skim takaful di mana sejumlah RM1,000.00 daripada manfaat yang dibayar kepada pencarum akan disalurkan kepada YWM sebagai wakaf sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh / kecacatan kekal terhadap pencarum. Manakala, pengagihan dan penggunaan wang pewakafan akan disalurkan untuk kepentingan ummah dan patuh syariah. Semoga kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat akan terus kukuh dan utuh yang akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat.
TERKINI
Kongsi Kongsi