Aktiviti
Majlis Menandatangani Surat Setuju Terima Ukhwah Ikhlas Networking Sebagai Rakan Strategik Bagi Pelaksanaan Kutipan Dana Di Bawah Pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia
26-06-2024

Putrajaya, 26 Jun 2024 - Telah berlangsung majlis menandatangani Surat Setuju Terima Ukhwah Ikhlas Networking sebagai Rakan Strategik bagi pelaksanaan Kutipan Dana Wakaf Tunai (Potongan Gaji) di bawah pengurusan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Majlis tandatangan ini disempurnakan oleh YBrs. Dr. Ridzwan Bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif YWM bersama YBrs. Encik Zulkarnain Hassan @ Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Ukhwah Ikhlas Networking.

Ukhwah Ikhlas Networking berperanan sebagai Rakan Strategik YWM untuk meluaskan lagi jaringan Kutipan Dana Wakaf Tunai (Potongan Gaji) menerusi sektor kerajaan mahupun swasta. Semoga usaha ini dapat membantu memperkasakan lagi wakaf di Malaysia di mana hasilnya kelak akan memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.


Kongsi Kongsi