Aktiviti
RM30,000 Dana Wakaf Tunai Diagihkan Bagi Tujuan Naik Taraf Bangunan Di Surau Al Hidayah Taman Sri Aman, Melaka
28-06-2024

Masjid Tanah, 28 Jun 2024 - Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah dijemput untuk menghadiri Majlis Kesyukuran dan Perasmian Bangunan Tambahan Surau Al Hidayah Taman Sri Aman yang disempurnakan oleh Tuan Haji Haizad bin Turi, Pegawai Penyelaras Masjid dan Madrasah Parlimen Masjid Tanah mewakili YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Limau. Dalam majlis ini, pegawai YWM iaitu Encik Zainul Affiq bin Zainal Abidin (Pegawai Tugas-tugas Khas) mewakili Ketua Pegawai Eksekutif telah menerima plak penghargaan atas sumbangan Wakaf Tunai Malaysia bernilai RM30,000.00 untuk projek naik taraf bangunan surau. Dana ini telah digunakan untuk membina sebuah ruang mandi jenazah yang selesa dilengkapi dengan pendingin hawa bagi kegunaan penduduk kariah.

Terima kasih kepada para pewakaf. Tanpa anda, sumbangan seumpama ini tidak dapat direalisasikan. Teruskan berwakaf, agar lebih banyak insan - insan yang memerlukan di luar sana dapat dibantu, Insya Allah.


Kongsi Kongsi