Aktiviti
Kunjungan Hormat Dan Pembentangan Draf Pelan Induk Wakaf Nasional Ke Majlis Agama Islam Melaka
16-05-2024

Bukit Palah, 16 Mei 2024 - Meneruskan jelajah Kunjungan Hormat Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2025-2030 ke Wilayah Selatan, delegasi Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Md. Ramzi bin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR dan YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM dan turut disertai oleh pengurusan kanan JAWHAR dan YWM telah berkunjung ke Majlis Agama Islam Melaka. Rombongan dari Putrajaya ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Haji Mohd. Hairulamin bin Hj. Mohd Sis, Pengurus Baitulmal MAIM dan turut disertai oleh pengurusan kanan MAIM.

Objektif utama program ini adalah untuk membentangkan cadangan PIWN yang bermatlamat untuk melonjakkan sumbangan wakaf dalam sektor Kewangan Sosial Islam. PIWN ini akan dilaksanakan bersama pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam memastikan setiap inisiatif strategik dan pelan tindakan yang digariskan dalam PIWN 2025-2030 dapat diterima oleh setiap MAIN dan dilaksanakan dengan berkesan. Dalam pembentangan tersebut, pihak MAIM telah memberi respon yang positif terhadap pembentangan PIWN terutamanya pemerkasaan Institusi Berkaitan Wakaf yang dapat meningkatkan profesionalisme Pegawai MIAN serta mencadangkan beberapa penambahbaikan kepada inisiatif strategik dan pelan tindakan agar sesuai dan praktikal dilaksanakan dalam kerangka pentadbiran di peringkat Persekutuan dan Negeri.


Kongsi Kongsi