Aktiviti
Lawatan Wakaf Ke Laman WATANI Sempena International Waqf Conference 2024
15-05-2024Putrajaya, 15 Mei 2024 - Kira-kira seramai 60 orang peserta dan urusetia International Waqf Conference 2024 berkunjung ke Laman WATANI iaitu Projek Wakaf Pertanian kendalian YWM MAIN Holdings Sdn Bhd (YMH), subsidiari Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) yang terletak di Presint 20, Putrajaya. Taklimat mengenai pengurusan projek ini telah disampaikan oleh Encik Muhamad Sazeli bin Mohd Nazir, Pengurus Operasi YMH. Turut hadir bersama pada sesi ini adalah Encik Abdul Halim bin Mat Yusop, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YWM merangkap Pengarah Eksekutif YMH. Delegasi telah meluangkan masa kira-kira satu jam termasuk meninjau kawasan ladang dan menjamu kudapan yang dihidangkan.







TERKINI

Kongsi Kongsi