Aktiviti
Lawatan Wakaf Ke Menara Imarah Wakaf MAIWP Sempena International Waqf Conference 2024
15-05-2024

Kuala Lumpur, 15 Mei 2024 - Menjelang hari kedua penganjuran International Waqf Conference 2024, para peserta telah dibawa melawat projek pembangunan hartanah wakaf di Malaysia sebagai salah satu pengisian program. Menara Imarah Wakaf MAIWP telah dipilih sebagai lokasi pertama perkongsian kejayaan projek wakaf. Encik Wan Jalaluddin Wan Mamat, Ketua Unit Pengurusan Wakaf, Bahagian Pembangunan & Pengurusan Hartanah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyampaikan taklimat mengenai sejarah pembangunan bangunan ini yang turut dikenali sebagai Menara Bank Islam di Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy. Turut hadir bersama pada sesi ini adalah Puan Noreza binti Jusoh, Timbalan Pengurus (Teknikal), Bahagian Pembangunan Dan Pengurusan Hartanah MAIWP. Terima kasih buat Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad kerana membantu melancarkan perjalanan lawatan ini.


Kongsi Kongsi