Majlis Perhimpunan Bilangan 2 Tahun 2024 & Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
02-05-2024Putrajaya, 2 Mei 2024 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan 2 Tahun 2024 dan Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di perkarangan Blok A & B Kompleks Islam Putrajaya. YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan amanat kepada semua warga kerja Agensi Hal Ehwal Islam. Turut hadir bersama adalah YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama barisan ketua agensi. Selesai perhimpunan, para jemputan disajikan dengan pelbagai juadah raya dari gerai-gerai kesemua agensi agama seperti mee kolok, sate, kambing golek, cendol, nasi dagang dan sebagainya. Yayasan Waqaf Malaysia sendiri tidak ketinggalan untuk menaja buah-buahan buat para tetamu. Majlis lebih meriah dengan pertandingan hiasan gerai terbaik yang dimenangi oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.








TERKINI

Kongsi Kongsi