Aktiviti
Lawatan Sambil Belajar Oleh Kolej Yayasan Pahang
26-04-2024

Putrajaya, 26 April 2024 - Delegasi Kolej Yayasan Pahang yang diketuai oleh Pensyarah Pengiring, Encik Widad bersama 44 pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Ekonomi dan Perbankan Islam semester 4 yang bakal melanjutkan pembelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan telah hadir ke pejabat Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi sesi perkongsian latar belakang dan juga peranan YWM dalam pembangunan wakaf di Malaysia. Lawatan ini telah diraikan oleh Pengurus Bahagian Pengurusan YWM, Puan Hanim Idzura binti Mohd Kalyubi dan Pengurus Bahagian Kewangan YWM, Encik Mohd Bokhari bin Mat Doa. Semoga perkongsian ilmu yang telah disampaikan bermanfaat untuk semua.


Kongsi Kongsi